Wednesday, 8 July 2015

Hanis Zalikha Teruja Untuk Bekerja Dengan Suami



Pengantin baru, Hanis Zalikha mengakui buat masa ini dia lebih selesa memilih menjadi seorang pengacara kerana waktu kerja yang lebih fleksibel berbanding berlakon selain dapat meluangkan masa bersama suami.

“Untuk saya berlakon, banyak aspek yang perlu diambil berat sekarang memandangkan sudah bertudung dan memegang status isteri orang. Ada juga skrip-skrip yang ditawarkan namun setakat ini, belum ada yang saya mampu penuhi karakternya”


“Lagipun sejak berkahwin, saya lebih teruja untuk bekerja dengan suami kerana lebih senang. Bukan meletak syarat perlu ada Hairul jika mahukan saya tetapi jika tawarannya sesuai, apa salahnya,” katanya yang masih berada dalam fasa bulan madu kepada Kosmo!

Tambah Hanis, kini Hairul masih lagi dalam fasa bermanja dengan dirinya dan suaminya itu hanya mengambil tawaran berlakon telefilem berbanding drama kerana mahu lebih masa dengan saya.

“Kalau bercakap tentang adegan-adegan mesra atau panas dengan pelakon wanita, saya tidak perlu meletak syarat kerana Hairul sendiri tahu menetapkan batasan untuk dirinya,” katanya menyimpul perbualan.

- Hanis Zalikha Teruja Untuk Bekerja Dengan Suami

SHARING GOOD

0 Comment to "Hanis Zalikha Teruja Untuk Bekerja Dengan Suami"

Post a Comment