RAMAI peminat pastinya peka dengan imej yang dibawa pelantun Tentang Dia ini. Biarpun mengambil keputusan berhijab sejak setahun lalu, namun imejnya yang mengenakan hiasan keterlaluan di kepala masih mendapat kritikan sehingga kini.
Bagaimanapun, penyanyi dari Seberang, Melly Goeslow, tidak pernah mengambil serius akan situasi tersebut, sementelah dia berpegang teguh dengan pendirian tersendiri.
“Orang mengatakan yang di kepala saya ini adalah hijab. Tapi bagi saya, ia hanya hiasan kepala sahaja.
"Sejujurnya, saya masih berusaha mendalami lagi ajaran agama Islam dan tidak mahu dilabel sebagai pemakai hijab” katanya.
Reaksi sama turut diberikan terhadap kritikan yang diterima menerusi media sosial. Enggan membebani dirinya dengan semua kritikan itu, Bagi Melly, dia lebih selesa membiarkan isu tersebut berlalu.
“Jika wanita berhijab adalah wanita yang paling dianggap betul dalam banyak hal, maka itu masih jauh dari diri saya. Saya hanyalah manusia yang masih harus belajar dalam banyak hal,” tegasnya.
Baru sahaja kehilangan bonda tersayang pada Januari lalu, Melly meluahkan rasa sedih mengenangkan Ramadan dan Syawal yang dilalui tanpa orang tersayang.
“Biasanya, kalau waktu sahur, ibu ada sekali kerana ibu memang tinggal dengan saya. Jadi kerap kali akan bertemu dan berbual bersama dia. Tetapi sekarang seperti ada yang kurang.
“Dapat saya rasakan kesedihannya bila tiba Aidilfitri nanti. Biasanya kami berdua akan solat raya bersama,” katanya.
0 Comment to "Melly Goeslow terus dikritik"
Post a Comment