Sunday 20 September 2015

Glenn, Aura nafi sudah bertunang


GLENN FREDLY

AWAL tahun ini, industri hiburan Indonesia digemparkan dengan kisah percintaan antara Glenn Fredly bersama Aura Kasih.

Ia ekoran gambar-gambar mesra mereka bertebaran di laman sosial, namun Glenn dan Aura bijak menyembunyikan kisah percintaan mereka.

Tatkala diasak media, Glenn menafikan mereka sudah mengikat tali pertunangan.


“Lamaran? Ia sekadar satu gosip. Pertanyaan seperti ini boleh mencetuskan huru-hara,” katanya tersenyum.

Berbeza berbanding Glenn, Aura sebaliknya lebih bersikap terbuka ketika disoal media.


AURA KASIH

“Belum lagi, jika sudah bertunang pastinya ada undangan buat kalian (media), jadi doa-doakan saja,” jelas Aura.

- Glenn, Aura nafi sudah bertunang

SHARING GOOD

0 Comment to "Glenn, Aura nafi sudah bertunang"

Post a Comment