SELEPAS kali terakhir muncul menerusi Star Wars Episode III: Revenge of the Sith pada 2015, filem kegilaan ramai, Star Wars pastinya menjadi penantian ramai.
Maka tidak hairanlah apabila ramai melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan filem Star Wars: The Force Awakens yang akan mula menemui penonton pada 17 Disember ini.
Filem pengembaraan dan fantasi ini diadaptasi dari buku popular yang ditulis oleh penulis buku siri Star Wars yang tidak asing lagi, George Lucas.
Ia dibintangi oleh Harrison Ford, Mark Hamill, Carrie Fisher dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh J.J Abrams dan ditulis oleh Lawrence Kasdan.
Star Wars: The Force Awakens memaparkan kisah 30 tahun selepas kejadian yang berlaku di dalam filem Star War VI Return of The Jedi (1983).
Ia membawa penonton mengenai tiga trio pejuang baru yang terdiri daripada Finn, Rey dan Poe Dameron yang berjuang terhadap kejahatan yang datang mengancam dan dalam masa sama cuba menyelamatkan tempat mereka.
Star Wars yang dimulakan oleh George Lucas, pernah mendapat kutipan filem tertinggi di dunia pada tahun 1977.
Kini selepas sekian lama di bawa Lucas, Star Wars buat pertama kalinya beralih tangan kepada Abrams yang menggarap Star Wars dengan cara yang berbeza.
Abrams yang juga peminat Star Wars semenjak dia berusia 11 tahun lagi tidak menyangka bahawa suatu hari nanti dia mungkin menjadi pengarah francais naskhah ini.
Tidak mahu merosakkan naskhah yang sangat diminatinya semenjak kecil, Abrams berkata, dia berjanji filem ini tidak akan menjadi sebuah karya yang membosankan.
"Sebagai seorang individu yang membesar dengan Star Wars, pada pandangan saya ia adalah sebuah karya yang menakjubkan. Justeru tentu sekali saya tidak mahu merosakkan sebuah karya yang bukan sahaja menjadi kegilaan saya, bahkan orang lain juga," katanya.
Oleh yang demikian, Abrams berkata, sepanjang pembikinan Star Wars: The Force Awakens, dia meminta ke semua kru untuk keluar dari takuk lama dan bersedia untuk pembaharuan serta kelainan di dalam pembikinan filem ini.
Malah Abrams juga banyak merealisasikan idea penerbit baharu Lucasfilm iaitu Kathleen Kennedy.
"Kathleen Kennedy membawa idea untuk mengetengahkan 'siapa Luke Skywalker?'. Lucas pula ada menceritakan kisah orang biasa yang tidak ada kena mengena dengan Star Wars dan suatu hari dia menjadi seseorang yang penting dalam Star Wars.
"Dari situ kita olah agar ia menjadi sesuatu yang bermakna untuk Star Wars," ujarnya.
0 Comment to "Star Wars kembali!"
Post a Comment